Berikut
merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu
menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau
wahai bidadari penghuni syurga…… !
1.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
2.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan
Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah
S.A.W.) di dalam syurga.
6.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7.
Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
10.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).
12.
Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak
terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.
14.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
19.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
22.
Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.
23.
Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya
(susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24.
Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
25.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.
27.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28.
Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
29.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan
rezekinya.
30.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu
lantai di baitullah.
31.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
35.
Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat
dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi
susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu
tahun solat dan puasa.
37.
Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
40.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah
di dunia ini dengan istiqamah.
Penulis : Al-Habib Ali Al-Hinduan (Kepala Qismu Da'wah Darullughah Wadda'wah)